Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 wanita tampil tuduh Presiden Trump lakukan kesalahan seksual

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini berdepan dengan tiga pertuduhan salah laku seks dari tiga wanita yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
3 wanita tampil tuduh Presiden Trump lakukan kesalahan seksual

(Dari kiri) Jessica Leeds, Samantha Holvey dan Rachel Crooks berkongsi pengalaman pahit mereka bersama Presiden Trump. (Gambar: Andrew Kelly/ Reuters)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 08:52AM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 08:58AM

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini berdepan dengan tiga pertuduhan salah laku seks dari tiga wanita yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.

Tiga wanita tampil membuat sidang media berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan Trump dan mahu Kongres Amerika membuka kertas siasatan terhadap Presiden Trump.

Tiga wanita terbabit adalah Jessica Leeds, Samantha Holvey dan Rachel Crooks yang berkongsi pengalaman hitam mereka bersama Presiden Amerika Syarikat itu.

Ketiga-tiga wanita terbabit pernah menceritakan apa yang berlaku pada mereka semasa kempen pilihan raya presiden berlangsung tahun lalu namun tiada sebarang tindakan diambil.

Menurut seorang mangsa Rachel Crooks, 22 tahun, beliau pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah syarikat hartanah di Trump Tower dan adegan salah laku seks itu berlaku apabila Presiden Trump didakwa menciumnya secara paksa.

Cik Crooks memetik rakaman temubual dibuat Presiden Trump yang berkata "Saya hanya mula mencium mereka, seperti magnet, cuma mencium, saya tidak menunggu.”

Kenyataan itu bagi Cik Crooks jelas menunjukkan sifat tidak hormat Presiden Trump terhadap kaum wanita terutama dirinya yang menjadi mangsa salah laku seks Trump, lapor Astro Awani.

Menurut seorang lagi mangsa, Jessica Leeds, Presiden Trump pernah merabanya ketika dalam perjalanan menaiki kapal terbang sehingga beliau terpaksa menukar tempat duduk kerana tidak tahan dengan kelakuan Presiden Trump.

"Saya bukan budak kecil, saya berusaha bangun dari kerusi saya dan mencapai dompet dan terus beredar ke tempat duduk belakang," jelasnya.

Rumah Putih yang menerima maklumat tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan dan mendakwa ia laporan palsu.

Buat masa ini belum ada maklum balas daripada Presiden Trump berhubung dakwaan itu. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan