3 maut akibat kebakaran di bangunan apartmen Hawaii
Tiga orang maut dalam satu kebakaran di sebuah pangsapuri 36 tingkat, di ibu kota Hawaii, Honolulu.
HAWAII: Tiga orang maut dalam satu kebakaran di sebuah pangsapuri 36 tingkat, di ibu kota Hawaii, Honolulu.
Kebakaran itu bermula sekitar pukul 2.20 petang waktu tempatan, di tingkat 26, blok pangsapuri Marco Polo.
Lebih 100 pegawai bomba dikerah mengawal api.
Pihak bomba juga sedang menyiasat laporan beberapa penduduk yang terperangkap di dalam unit mereka.
Punca kebakaran masih belum diketahui.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.