Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut, 3 lagi termasuk mantan menteri hilang dalam satu nahas jalan raya

Tiga maut dan tiga lagi termasuk mantan menteri dalam negeri dan menteri luar Nepal Madhav Ghimire dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, 3 lagi termasuk mantan menteri hilang dalam satu nahas jalan raya

Gambar fail Nepal (Gambar: AFP/Prakash Mathema)

Diterbitkan : 26 Sep 2016 09:56AM Dikemas Kini : 26 Sep 2016 09:58AM

KATHMANDU: Tiga maut dan tiga lagi termasuk mantan menteri dalam negeri dan menteri luar Nepal Madhav Ghimire dilaporkan hilang apabila kenderaan SUV yang mereka naiki terjunam 200 meter ke bawah dan tenggelam dalam sungai yang melimpah di Chitwan, pada malam semalam (25 September).

Insiden itu berlaku kira-kira 100 meter ke barat Kathmandu, kata para pegawai.

Ketua pentadbir Chitwan Binod Prakash Singh berkata mereka dalam perjalanan ke Kathmandu apabila kenderaan Scorpio SUV terjunam ke dalam Sungai Trisuli menyebabkan tiga orang maut.

Beliau berkata tiga orang lagi termasuk Ghimire hilang sementara pemandu kenderaan SUV itu berjaya diselamatkan.

Tujuh orang menaiki kenderaan tersebut, kata superintenden polis Basant Kuwar.

Kenderaan itu tenggelam dalam sungai dan harapan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis, kata Singh.

"Bagaimanapun, usaha mencari sedang dijalankan dengan harapan ketiga-tiga mangsa mungkin terselamat", kata beliau.

Menurut Singh, Ghimire memandu kenderaan tersebut dan meminta pemandunya duduk di sebelahnya ketika insiden itu berlaku.

Ghimire pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan menteri luar pada 2013.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan