Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

3 maut, 20 cedera dalam nahas bas Hong Kong

Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban pada malam semalam (22 Sep) selepas sebuah bas awam di Hong Kong melanggar laluan jalan kaki di salah sebuah daerah paling sibuk di bandar tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
3 maut, 20 cedera dalam nahas bas Hong Kong

Kemalangan bas yang berlaku di Sham Shui Po. (Gambar: hkcitizennews/Twitter)

Diterbitkan : 23 Sep 2017 07:55AM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 07:58AM

HONG KONG: Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban pada malam semalam (22 Sep) selepas sebuah bas awam di Hong Kong melanggar laluan jalan kaki di salah sebuah daerah paling sibuk di bandar tersebut.

Lebih 20 orang cedera, menurut South China Morning Post, yang melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di daerah Sham Shui Po, di persimpangan antara Yen Chow Street dan Cheung Sha Wan Road.

Menurut laporan itu, tiga orang terperangkap di bawah bas dua tingkat tersebut. Seorang wanita pertengahan usia disahkan maut di tempat kejadian manakala dua lelaki berusia 48 dan 60 tahun terkorban di hospital akibat kecederaan yang dialami.

Gambar-gambar di wadah online menunjukkan iklan daripada sebuah bangunan menembusi tingkap depan tingkat atas bas tersebut.

Pemandu bas berusia 44 tahun itu sudah ditangkap atas tuduhan memandu dengan berbahaya, lapor Apple Daily.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan