Images
  • daphne
     Daphne Caruana Galizia. (Gambar: Facebook)

3 lelaki didakwa kerana bunuh wartawan terkenal Malta guna bom kereta

VALLETTA: Tiga lelaki didakwa semalam (5 Dis) dengan tuduhan membunuh seorang wartawan warga Malta, Daphne Caruana Galizia. Mangsa, yang juga merupakan seorang blogger, mati dibunuh dalam satu pengeboman kereta di pulau Mediterranean itu pada 16 Oktober.

Cik Caruana Galizia merupakan tokoh masyarakat Malta yang terkenal kerana lamannya mendedahkan kejahatan dan kegiatan rasuah dalam negara yang kecil tetapi sedang berkembang pesat itu.

Tiga lelaki yang didakwa dengan pembunuhannya mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Dua adik beradik, George dan Alfred Degiorgio, masing-masing berusia 55 dan 53 tahun, dan Vincent Muscat, 55, didakwa keranan membuat bom, membunuh wartawan, mengambil bahagian dalam jenayah terancang serta memiliki bahan letupan. 

- AFP/AQ/sm

Komen Anda?

Top