Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

21 terkorban, lapan hilang akibat banjir di Malaysia

Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terkorban dan 8 lagi hilang menyusuli banjir yang terburuk sepanjang beberapa dekad di bahagian timur laut Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
21 terkorban, lapan hilang akibat banjir di Malaysia

Keadaan banjir di Kelantan, Malaysia. (Gambar: Channel NewsAsia/SUMISHA NAIDU)

Diterbitkan : 31 Dec 2014 08:30PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:23PM

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terkorban dan lapan lagi hilang, menyusuli banjir yang terburuk sepanjang beberapa dekad di bahagian timur laut Malaysia.

Pihak polis menyatakan hampir suku daripada sejuta orang pula dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan sementara.

Polis juga menambah, 14 daripada jumlah kematian yang dilaporkan itu adalah dari Kelantan, negeri yang paling teruk dilanda banjir.

Jabatan Kaji Cuaca meramalkan cuaca yang agak baik bagi tiga hari akan datang.

Namun, menurut seorang pegawai daripada jabatan kaji cuaca, hujan lebat dijangkakan pada lewat minggu ini.

Air bah mula surut di banyak kawasan dan pihak berkuasa kini sedang bersiap sedia menghadapi penularan penyakit mudah berjangkit yang mungkin boleh tercetus akibat banjir tersebut. 

Sumber : AFP/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan