Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 penyokong ISIS dihukum penjara 25 tahun kerana serang kelab malam Selangor

Seorang hakim mahkamah tinggi di Malaysia pada Rabu (29 Mac) menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap dua orang berhubung serangan di kelab malam Movida di Puchong tahun lalu, yang menyebabkan lapan orang cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
2 penyokong ISIS dihukum penjara 25 tahun kerana serang kelab malam Selangor

Serpihan kaca di luar kelab malam Movida di IOI Boulevard, Puchong, Selangor. (Gambar: Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 29 Mar 2017 06:26PM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 06:28PM

KUALA LUMPUR: Seorang hakim mahkamah tinggi di Malaysia pada Rabu (29 Mac) menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap dua orang berhubung serangan di kelab malam Movida di Puchong tahun lalu, yang menyebabkan lapan orang cedera.

Imam Wahyudin, 21 tahun, dan Jonius Indie, 24 tahun, juga masing-masing dikenakan hukuman tambahan 10 tahun kerana menyokong kumpulan ISIS. Bagaimanapun, hakim tersebut membenarkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak bermula tarikh penangkapan itu.

Hukuman penjara maksimum turut dijatuhkan sebagai satu pencegah, menurut hakim mahkamah tinggi tersebut.

Letupan di kelab malam di Puchong, Selangor, adalah serangan pengganas yang pertama di Malaysia, yang dipercayai ada kaitan dengan ISIS.

Insiden tersebut berlaku di kelab malam Movida pada sekitar 2.30 pagi apabila sekitar 20 pelanggan di restoran tersebut sedang menonton perlawanan antara Itali dan Sepanyol sewaktu Euro 2016. Kesan letupan tersebut juga begitu kuat sehingga sebuah kereta yang terletak 30 meter dari kelab malam itu turut terjejas.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan