Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 lelaki dibunuh kerana cuba hentikan gangguan anti-Muslim

Dua lelaki ditikam sehingga mati di bandar Portland, Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
2 lelaki dibunuh kerana cuba hentikan gangguan anti-Muslim

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 27 May 2017 05:58PM Dikemas Kini : 27 May 2017 06:00PM

PORTLAND: Dua lelaki ditikam sehingga mati di bandar Portland, Amerika Syarikat, pada Jumaat (26 Mei) apabila mereka cuba menahan seorang penyerang daripada mengganggu dua orang wanita yang kelihatan seperti Muslim, menurut polis.

Insiden itu berlaku di sebuah kereta api penumpang beberapa jam sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Serangan bermula sebelum pukul 4.30 petang apabila seorang lelaki menghina etnik dan agama kedua-dua wanita itu yang kelihatan seperti Muslim di dalam kereta api MAX di Stesen Hollywood Transit, menurut Jabatan Polis Portland dalam satu kenyataan.

Tiga lelaki cuba mencampur tangan tetapi kemudian ditikam, dua daripada mereka terkorban.

Penyerang itu ditangkap sejurus dia keluar dari kereta api berkenaan, menurut polis, sambil menambah bahawa kedua-dua wanita tersebut meninggalkan tempat kejadian sebelum sempat disoal polis.

Dalam satu kenyataan sebagai respons kepada serangan itu, Majlis Hubungan Islam Amerika menyatakan insiden anti-Muslim meningkat lebih 50 peratus di Amerika dari 2015 hingga 2016.

Sebahagiannya disebabkan tumpuan Presiden Donald Trump terhadap kumpulan militan dan retorik anti-pendatang. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan