Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 individu diburu pukul berkali-kali dengan rotan lelaki yang makinya

Polis Malaysia memburu dua individu dipercayai terlibat memukul seorang lelaki dengan rotan di rumahnya di Bandar Baru Klang, pada Rabu (6 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
2 individu diburu pukul berkali-kali dengan rotan lelaki yang makinya

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 11 Sep 2017 12:00AM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 12:06AM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia memburu dua individu dipercayai terlibat memukul seorang lelaki dengan rotan di rumahnya di Bandar Baru Klang, pada Rabu (6 Sep). 

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, mangsa berusia 52 tahun yang sedang bertengkar dengan isterinya didatangi seorang lelaki iaitu jiran mereka dipercayai cuba meleraikan pergaduhan itu.  

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini (10 Sep) berkata mangsa kemudiannya memarahi suspekkerana cuba mencampuri urusan keluarganya.

Menurut Cik Asmawati, suspek kemudian datang ke rumah mangsa bersama seorang lagi rakannya dan memukul mangsa menggunakan sebatang rotan dan merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit. 

"Punca kejadian dipercayai kerana mangsa memarahi dan memaki suspek dengan kata-kata lucah," katanya. 

Cik Asmawati berkata mangsa yang cedera pada bahagian badan dan betis kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. 

Dua rakaman kejadian yang memaparkan mangsa dipukul berkali-kali menggunakan rotan dengan kecederaan di bahagian badan tersebar di laman sosial hari ini serta mendapat kecaman orang awam. 

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan