Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 gadis remaja maut dilanggar pesawat ketika berselfie

Dua gadis remaja maut dilanggar sebuah pesawat kecil ketika sedang sibuk memetik gambar selfie di tepi landasan pendaratan di utara Mexico, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
2 gadis remaja maut dilanggar pesawat ketika berselfie

Nitzia Mendoza, 18, dan Clarissa Morquecho, 17, sedang berdiri atas sebuah trak dan memetik selfie dengan telefon bimbit.

Diterbitkan : 29 Mar 2017 09:10AM Dikemas Kini : 29 Mar 2017 09:11AM

MEXICO CITY: Dua gadis remaja maut dilanggar sebuah pesawat kecil ketika sedang sibuk memetik gambar selfie di tepi landasan pendaratan di utara Mexico, lapor media tempatan.

Kedua-dua mangsa nahas mengerikan itu, yang berlaku pada petang Sabtu (25 Mac) di bandar Chinipas, di wilayah utara Chihuahua, dikebumikan pada hari yang sama, lapor akhbar El Heraldo de Chihuahua.

Nitzia Mendoza, 18 tahun dan Clarissa Morquecho, 17 tahun, sedang berdiri atas sebuah trak dan memetik gambar selfie dengan telefon bimbit mereka apabila bahagian sayap pesawat melanggar mereka, lapor sebuah lagi akhbar tempatan, El Diario de Chihuahua.

Kedua-dua gadis remaja itu berada di situ untuk satu acara lumba kuda di bandar tersebut, dan trek lumba terletak di tepi landasan pendaratan, menurut kedua-dua akhbar itu.

Angka korban yang tepat belum dipastikan, namun ramai orang di seluruh dunia dilaporkan maut atau cedera parah ketika mengambil gambar selfie.

Pada Ogos tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mati lemas dalam sebatang sungai di utara Pakistan ketika cuba memetik selfie.

Menurut pihak berkuasa, ibu bapanya juga maut ketika cuba menyelamatkannya.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan