Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

2 diberkas atas insiden tembakan di lebuh raya Pulau Pinang

Dua orang ditahan berhubung insiden tembakan pada Khamis di lebuh raya Pulau Pinang dengan tiga orang terbunuh dan empat yang lain cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
2 diberkas atas insiden tembakan di lebuh raya Pulau Pinang

Insiden tembakan di lebuh raya Penang, 1 Dis. (Gambar: Facebook Faiz Rafeek)

Diterbitkan : 02 Dec 2016 03:52PM Dikemas Kini : 02 Dec 2016 06:18PM

GEORGE TOWN, Malaysia: Dua orang ditahan berhubung insiden tembakan pada malam Khamis (1 Dis) di lebuh raya Pulau Pinang dengan tiga orang terbunuh dan empat yang lain cedera.

Suspek utama ialah seorang pengawal peribadi yang didakwa melepaskan tembakan dan membunuh bosnya sendiri, ahli perniagaan Datuk Ong Teik Kwang. Beliau ditembak di leher dan mati di tempat kejadian.

Pengawal peribadi itu mempunyai sejarah masalah mental, kata Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, dan menambah "lelaki itu pernah berkhidmat dengan Askar Wataniah sebelum ini namun tidak mempunyai rekod jenayah."

Insiden itu berlaku pada 7.30 malam di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur keluar Jambatan Pulau Pinang. Ketika itu pengawal peribadi tersebut berada di dalam kereta bersama Datuk Ong, 32 tahun, apabila dia tiba-tiba mengeluarkan senjata dan menembak bosnya itu, menurut The Star. The Star menambah seorang lagi lelaki yang berada di dalam kereta tersebut juga ditahan untuk membantu siasatan.

Dua lagi mangsa yang terbunuh sedang memandu kenderaan yang berada berdekatan. Seorang jurugambar RTM yang cedera akibat sebutir peluru sesat tidak lagi berada dalam keadaan tenat, menurut New Straits Times.

Polis berkata bahawa pihaknya masih menyiasat motif di sebalik insiden itu.

Sumber : CNA/Bernama/im/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan