Images
  • bangkok explosion (1)
    Letupan kecil itu berlaku dekat Sanam Luang. (Gambar: Khon Tai Khon Jing/ Facebook)

2 cedera dalam letupan bom kecil di Bangkok

BANGKOK: Satu letupan bom kecil berlaku di luar Panggung Negara di ibu kota Bangkok.

Letupan itu, dipercayai bom paip, berlaku kira-kira 8.30 malam semalam (15 Mei) dekat Sanam Luang yang terletak di sekitar kawasan Istana Besar.

Dua wanita cedera terkena serpihannya tetapi keadaan mereka tidak serius.

Pasukan pemusnah bom berkata bahan letupannya disembunyikan di dalam sebuah tong sampah di hadapan Panggung Negara itu.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab tetapi pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan bagi mencetuskan kegusaran orang ramai.

- Agensi berita/im

Komen Anda?

Top
>