Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

19 maut, 8 cedera akibat kebakaran di Beijing

Siasatan sedang dijalankan untuk memastikan punca kebakaran yang berlaku di luar bandar Beijing semalam (18 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
19 maut, 8 cedera akibat kebakaran di Beijing

Pegawai bomba yang dikerahkan ke kebakaran di Beijing. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 07:12PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 07:16PM

BEIJING: Siasatan sedang dijalankan untuk memastikan punca kebakaran yang berlaku di luar bandar Beijing semalam (18 Nov).

Dalam kebakaran itu, 19 orang terkorban sementara lapan lagi cedera.

Laporan tempatan China melaporkan beberapa suspek sudahpun ditangkap polis.

Kebakaran berkenaan berlaku di sebuah bangunan sewa murah di selatan wilayah Daxing.

Unit-unit perumahan tersebut disewa dengan harga yang rendah kepada para pekerja asing yang menerima pendapatan yang rendah dan melakukan kerja-kerja buruh.

Kebakaran itu berlaku pada jam 6.00 petang waktu tempatan dan ia mengambil masa selama tiga jam bagi bomba memadamkan api.

Ini merupakan kebakaran serius ketiga di Daxing tahun ini.

Pada Februari lalu, tiga orang maut akibat kebakaran di bangunan kediaman sementara pada September tahun ini pula, kebakaran berlaku di sebuah gudang.

Kebakaran yang membawa maut sering berlaku di China, kerana langkah-langkah keselamatan yang longgar dan penguasaan yang lemah. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan