Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 orang ditahan bagi kekang serangan sempena musim perayaan

Polis anti-pengganasan Indonesia memberkas 18 orang berhubung dengan kumpulan militan dalam operasi untuk mengekang serangan semasa perayaan Krismas dan Tahun Baru di negara majoriti Islam terbesar di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
18 orang ditahan bagi kekang serangan sempena musim perayaan

Gambar fail polis anti-pengganasan Indonesia. (Gambar: NORJANA/ANTARA FOTO/REUTERS)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 09:30PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 09:31PM

JAKARTA: Polis anti-pengganasan Indonesia memberkas 18 orang berhubung dengan kumpulan militan dalam operasi untuk mengekang serangan semasa perayaan Krismas dan Tahun Baru di negara majoriti Islam terbesar di dunia, menurut pihak polis hari ini (11 Dis).

Serangan terhadap gereja di ibu kota Jakarta dan kawasan lain sehari sebelum Krismas pada tahun 2000, meragut nyawa hampir 20 orang. Sejak itu, pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di gereja-gereja dan kawasan pelancongan semasa cuti perayaan.

Ketua polis Indonesia Jeneral Tito Karnavian mengatakan walaupun tiada bukti tentang komplot tertentu, tangkapan-tangkapan tersebut dilakukan untuk mengekang masalah.

"Kami sedang melakukan kekangan awal," kata Jeneral Tito kepada wartawan.

"Kebanyakan daripada mereka mempunyai hubungan dengan insiden-insiden (dan orang-orang) sebelum ini yang kami sudahpun memberkas," katanya.

Pihak polis menyatakan bahawa 12 orang ditahan di Selatan Sumatra, empat di Kalimantan Barat, satu di Malang di Jawa Timur dan seorang lagi di Surabaya.

Di bawah undang-undang anti-pengganasan, para penyiasat boleh menahan seseorang sehingga tujuh hari sebelum memastikan sama ada mereka suspek ataupun dibebaskan, kata seorang jurucakap polis, Setyo Wasisto.

Indonesia menyaksikan sebilangan serangan militan tahun-tahun kebelakangan ini yang menyasarkan orang asing, Kristian dan pegawai pemerintah termasuk pengeboman di pulau Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang.

Sejak itu, polis berjaya mematahkan jaringan militan, meskipun terdapat peningkatan dalam kejadian-kejadian radikalisme baru-baru ini, yang menjadikan ISIS sebagai inspirasi.

Siri serangan berskala kecil sejak awal 2016 berhubung kait dengan ISIS yang dipercayai mempunyai ribuan penyokong di Indonesia.  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan