Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

174 banduan loloskan diri dari penjara Haiti

174 banduan meloloskan diri dari sebuah penjara dalam satu kejadian yang turut menyebabkan seorang pengawal dan seorang banduan terbunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
174 banduan loloskan diri dari penjara Haiti

Sebuah kenderaan polis di Haiti. (Gambar fail: AFP/Hector Retamal)

Diterbitkan : 23 Oct 2016 07:24PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 07:27PM

HAITI: 174 banduan meloloskan diri dari sebuah penjara dalam satu kejadian yang turut menyebabkan seorang pengawal dan seorang banduan terbunuh.

Banduan-banduan turut mencuri lima laras senapang sebelum berbalas tembakan dengan para pengawal penjara.

Satu buruan besar-besaran sedang dijalankan dengan bantuan para pegawai pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas di Haiti.

Penjara itu terletak di sebuah bandar pesisiran pantai di utara ibu kota Port-au-Prince.

Para banduan di sana tidak memakai pakaian seragam jadi memudahkan mereka bercampur gaul dengan orang-orang awam di luar penjara.

11 banduan yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap semula. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan