Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

150 maut akibat wabak demam selesema teruk sejak Mei di Hong Kong

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengarahkan pihak berkuasa kesihatan supaya mengambil langkah-langkah segera bagi menangani penularan demam selesema yang teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jul 2017 09:30PM Dikemas Kini : 18 Jul 2017 03:20AM

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengarahkan pihak berkuasa kesihatan supaya mengambil langkah-langkah segera bagi menangani penularan demam selesema yang teruk.

Sejauh ini, 150 orang mati sejak wabak tersebut bermula Mei lalu.

Cik Lam membuat gesaan itu semasa melawat para pesakit di hospital.

Sepanjang 10 hari lalu, lebih 1,000 orang sudahpun dimasukkan ke hospital setiap hari.

Waktu menunggu untuk dirawat di hospital juga dikatakan memakan masa sehingga 15 jam.

Selain menambah katil pesakit, pihak hospital terpaksa menawarkan ganjaran bagi meminta kakitangan yang bercuti balik bekerja.

Pakar-pakar kesihatan menyifatkan penularan demam selesema sekarang sebagai "luar biasa".

Namun tiada tanda-tanda berlakunya mutasi virus.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan