Images
  • vietnam flood
    (Gambar: VIETNAM NEWS AGENCY / AFP)

15 terkorban dalam banjir akibat ribut tropika di Vietnam

VIETNAM: 15 orang mati dan lapan lagi hilang dalam banjir di bahagian tengah dan utara Vietnam.

Banjir ini akibat hujan lebat yang dibawa ribut tropika. Ribut itu melanda wilayah tengah Nghe An semalam (10 Okt).

Di wilayah tersebut, lapan orang dilaporkan terkorban dalam hujan lebat itu, ini termasuk dua kanak-kanak kecil, kata pegawai bencana, Nguyen Thi Kim Dung.

Ribut yang melanda juga menyebabkan hujan lebat di dua lagi wilayah di utara, Thanh Hoa dan Hoa Binh.

Di Thanh Hoa, dua orang terkorban sementara tiga lagi dilaporkan hilang. Dua orang turut terkorban di Hoa Binh.

Vietnam memang kerap dilanda ribut dan banjir yang meragut ratusan nyawa setiap tahun. 

- Agensi berita/MU/aq

Komen Anda?

Top