Images
  • pakistan blast
    Letupan yang berlaku di bandar Quetta, Pakistan. (Gambar: AFP/Banaras Khan)

15 maut dalam letupan ISIS di Pakistan

PAKISTAN: Sebuah letupan kuat yang menyasarkan sebuah kenderaan tentera di bandar Quetta, Pakistan, meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang.

ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang dilakukan seorang pengebom nekad yang menaiki sebuah motosikal.

Motosikal terbabit dilaporkan merempuh sebuah kenderaan tentera, menyebabkan satu letupan besar yang turut menjejas sebuah pasar, sesak dengan orang ramai.

Sekurang-kurangnya tujuh mangsa yang terbunuh merupakan orang-orang awam.

Turut terbakar, beberapa buah kenderaan lain. Jumlah kecederaan dianggarkan lebih 30 orang.

Serangan terbaru itu berlaku menjelang ulang tahun ke-70 kemerdekaan Pakistan, lusa (15 Ogos).

Wilayah Baluchistan memang sering dicemari serangan bom serta keganasan antara kumpulan Syiah dan Sunni.

- BERITAMediacorp/AA/ru

Komen Anda?

Top