Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 maut, 100 cedera selepas van rempuh pejalan kaki di Barcelona, pemandu masih diburu

Seorang pemandu van merempuh para pejalan kaki di kawasan terkenal di Barcelona pada Khamis (17 Ogos), yang menyebabkan 13 orang maut.

Anggaran Waktu Membaca:
13 maut, 100 cedera selepas van rempuh pejalan kaki di Barcelona, pemandu masih diburu

Para kakitangan perubatan dan pegawai polis berdiri dalam kawasan yang dikepung selepas sebuah van merempuh para pejalan kaki di Barcelona. (Gambar: AFP Photo/Josep Lago)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 07:18AM Dikemas Kini : 18 Aug 2017 07:22AM

BARCELONA: Seorang pemandu van merempuh para pejalan kaki di kawasan terkenal di Barcelona pada Khamis (17 Ogos), yang menyebabkan 13 orang maut.

Anggota militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Polis mengumumkan penangkapan dua suspek, yang dikenal pasti sebagai warga Sepanyol dan warga Maghribi, tetapi pemandu berkenaan masih diburu.

Para saksi mendedahkan suasana huru-hara, dengan beberapa orang terpelanting di kawasan terkenal itu.

Orang ramai turut melarikan diri dari tempat kejadian sambil menjerit dalam keadaan cemas.

Insiden rempuhan di bandar yang terkenal dengan para pelancong dari seluruh dunia itu adalah yang terbaru dalam siri serangan di Eropah di mana kenderaan-kenderaan digunakan sebagai senjata pengganasan.

Sedang para pemimpin dunia bersatu dalam mengutuk insiden tersebut, agensi propaganda ISIS Amaq mendakwa ia dilancarkan oleh "para askar" dari anggota militan berkenaan.

Menteri dalam negeri Joaquim Forn berkata 13 orang maut dan 100 yang lain cedera dalam apa yang disifatkan sebagai "serangan pengganas", sambil memberi amaran bahawa angka korban dijangka meningkat.

Sebilangan warga asing turut menjadi mangsa insiden tersebut.

Las Ramblas adalah kawasan paling sibuk di Barcelona, dengan kedai dan restoran yang biasanya dipenuhi dengan para pelancong dan penghibur jalanan sehingga waktu malam. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan