Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut dalam serangan ibu pejabat polis Afghanistan

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 60 cedera dalam serangan di ibu pejabat polis wilayah Paktia, di Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2017 07:24PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 09:59PM

GARDEZ: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 60 cedera dalam serangan di ibu pejabat polis wilayah Paktia, di Afghanistan.

Serangan di bandar Gardez ini dilakukan oleh seorang pengebom nekad dan sekumpulan orang bersenjata.

Sasaran mereka adalah pusat latihan polis di kawasan ibu pejabat itu. Mangsa-mangsa serangan termasuk anggota polis dan orang awam.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri menyatakan sekurang-kurangnya dua penyerang turut terbunuh.

Kumpulan tegar Taliban sudah mengaku bertanggungjawab.

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan