Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 penumpang cedera selepas bas London rempuh kedai

Sebuah bas di London merempuh kedai di sebatang jalan raya yang sibuk pada Khamis (10 Ogos), sekaligus menyebabkan 10 orang cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
10 penumpang cedera selepas bas London rempuh kedai

Sebuah bas di London merempuh kedai di Lavender Hill. (Gambar: Twitter/BrendanTheP)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 07:16AM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 07:20AM

LONDON: Sebuah bas di London merempuh kedai di sebatang jalan raya yang sibuk pada Khamis (10 Ogos), sekaligus menyebabkan 10 orang cedera.

Dua individu juga terpaksa diselamatkan selepas terperangkap di bawah serpihan bangunan.

Pemandu bas itu didakwa pengsan dan darah turut dikesan di dalam bas tersebut, menurut para saksi.

Penumpang Amy Mullineux, seorang jururawat, mengatakan bahawa pemandu itu memaklumkan kepadanya bahawa beliau pengsan.

"Beliau berkata beliau pengsan sebelum bas itu merempuh kedai tersebut," jelas wanita berusia 40 tahun itu. "Beliau tidak ingat pernah melanggar sesuatu."

Seorang lagi penumpang, Andrew Matthews, 34, berkata sekitar 12 penumpang menaiki bas berkenaan apabila bas itu melencong dari jalan raya tersebut.

Bas merah itu benar-benar berada di luar jalan raya dan turut memusnahkan sebahagian daripada bahagian depan kedai reka bentuk dapur.

Pasukan paramedik memeriksa para penumpang yang duduk di tingkat atas bas manakala para pegawai bomba berusaha untuk melepaskan dua penumpang yang terperangkap dengan menggunakan alat memotong.

Khidmat Ambulans London menyatakan pihaknya sudah memberi rawatan kepada 10 pesakit, di mana tiga daripada mereka dibawa ke hospital. Ketiga-tiga mereka termasuk pemandu tersebut, dedah polis.

Kemalangan itu berlaku di Lavender Hill, di bahagian barat daya London, yang dikenali dengan filem komedi Britain "The Lavender Hill Mob" pada tahun 1951, yang membintangi Alec Guinness, Sid James dan Audrey Hepburn, yang turut memenangi anugerah Oscar bagi lakon layar terbaik.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan