Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

10 maut apabila Taufan Hato landa Macau, HK, dan China

Taufan Hato menimpakan kemusnahan di selatan China pada Rabu (23 Ogos), sambil meragut nyawa 10 orang selepas membadai Hong Kong, membanjiri jalan raya dan memaksa ribuan orang melarikan diri mencari perlindungan.

Anggaran Waktu Membaca:
10 maut apabila Taufan Hato landa Macau, HK, dan China

Taufan Hato yang melanda Hong Kong pada 23 Ogos 2017. (Gambar: REUTERS/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 24 Aug 2017 08:37AM Dikemas Kini : 24 Aug 2017 08:39AM

HONG KONG: Taufan Hato menimpakan kemusnahan di selatan China pada Rabu (23 Ogos), sambil meragut nyawa 10 orang selepas membadai Hong Kong, membanjiri jalan raya dan memaksa ribuan orang melarikan diri mencari perlindungan.

Pemerintah Macau melaporkan bahawa dalam kejadian taufan yang dahsyat itu seorang lelaki mati dihempap tembok, sementara seorang lagi jatuh daripada balkoni tingkat empat dari sebuah bangunan dan seorang pelancong China maut dilanggar lori. Maklumat tentang dua lagi mangsa masih belum diketahui.

Rakaman video akhbar Apple Daily menunjukkan orang ramai meredah banjir di jalan-jalan raya sedang angin bertiup kencang sepanjang hari.

Pusat pemantauan cuaca Hong Kong semalam (23 Ogos) mengeluarkan amaran taufan tahap 10 iaitu yang tertinggi dalam sistem amaran ribut negara itu berikutan Taufan Hato yang semakin menghampiri bandar itu.

Beratus-ratus penerbangan dan perkhidmatan pengangkutan lain sudah dibatalkan, sekolah-sekolah dan kebanyakan perniagaan di hab kewangan turut dijangka ditutup.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan