1 maut, 23 cedera akibat bangunan runtuh di Sri Lanka
Para penyelamat di Sri Lanka giat menggali tapak runtuhan bagi mencari seorang wanita yang dipercayai tertimbus selepas sebuah bangunan runtuh.
COLOMBO: Para penyelamat di Sri Lanka giat menggali tapak runtuhan bagi mencari seorang wanita yang dipercayai tertimbus selepas sebuah bangunan runtuh.
Seorang terbunuh dan 23 cedera apabila sebuah bangunan lima tingkat di ibu kota Colombo ini runtuh semalam (18 Mei).
Gerakan menyelamat disertai anggota-anggota polis, askar dan bomba.
Tragedi berlaku sedang kerja binaan dijalankan bagi meluaskan bangunan yang sering digunakan sebagai dewan majlis perkahwinan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.