Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 2 parah selepas lori tangki asid terbalik di Seremban

Seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan asid kimia maut, manakala dua parah dalam kemalangan antara sebuah lori dan sebuah kereta, awal pagi ini (12 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 2 parah selepas lori tangki asid terbalik di Seremban

Kemalangan itu berlaku pada 3.00 pagi di KM251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 01:13PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 01:19PM

SEREMBAN: Seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan asid kimia maut, manakala dua parah dalam kemalangan antara sebuah lori dan sebuah kereta, awal pagi ini (12 Ogos).

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kemalangan pada 3.00 pagi di KM251.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran tol Senawang itu mengakibatkan lori tangki berkenaan terbalik.

"Mangsa, Surazru Mohamed Sakeri, 37, maut di tempat kejadian manakala dua wanita berusia lingkungan 30-an yang menaiki kereta Toyota Vios cedera parah.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat dan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Encik Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.00 pagi dan tiba di lokasi kejadian 14 minit kemudian.

"Seramai 20 anggota dari Balai Bomba Senawang, Seremban 2 dan Rembau termasuk pasukan hazmat dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Pada masa ini kerja-kerja pembersihan masih dilakukan dan setakat ini trafik sesak hingga empat kilometer menghala ke selatan," katanya.

ALIRAN TRAFIK MASIH SESAK PADA TENGAH HARI

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan juga dilaporkan masih sesak setakat sehingga sekitar 1.00 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata kesemua laluan di kedua-dua arah masih ditutup bagi kerja-kerja membersihkan sisa tumpahan bahan kimia itu.

Tinjauan Bernama di lebuh raya berkenaan mendapati kesesakan berlaku sepanjang sekitar 10 kilometer.

Sebuah kren juga digunakan untuk mengangkat dan mengalihkan lori terbabit dari lokasi kemalangan.

Operasi pembersihan dibantu beberapa agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar dan peronda lebuh raya utara selatan PLUS.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan