Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1 maut, 13 hilang selepas Taufan Talas pukul pantai utara Vietnam

Sekurang-kurangnya satu orang maut dan 13 kru kapal dilaporkan hilang selepas Taufan Talas membadai bahagian pantai utara Vietnam, awal pagi tadi (17 Jul), menurut agensi berita Vietnam, Tuoi Tre News. 

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 13 hilang selepas Taufan Talas pukul pantai utara Vietnam

Para penunggang motosikal dan kereta-kereta di jalan raya yang dilanda banjir akibat Taufan Talas. (Gambar: HOANG DINH NAM / AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2017 06:00PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 06:14PM

NGHE AN: Sekurang-kurangnya satu orang maut dan 13 kru kapal dilaporkan hilang selepas Taufan Talas membadai bahagian pantai utara Vietnam, awal pagi tadi (17 Jul), menurut agensi berita Vietnam, Tuoi Tre News.

Taufan tersebut melanda Wilayah Nghe An dan Ha Tinh pada sekitar 1.00 pagi tadi.

Bencana itu juga adalah taufan yang keempat tahun ini.

Menurut laporan Tui Tre News, lebih 2,750 rumah juga musnah dan ratusan hektar ladang turut terjejas teruk akibat Taufan Talas itu setakat sehingga 5.00 pagi Isnin.

Sebuah kapal yang membawa 4,700 tan metrik arang dan 13 anak kapal tenggelam semasa berteduh dekat Cua Lo Town, seperti ditukil Tuoi Tre News.

Angin kuat dan hujan lebat menyebabkan pihak berkuasa menasihati para penduduk agar tidak keluar rumah.

Restoran-restoran tepi laut juga terpaksa ditutup.

Hotel-hotel berdekatan turut terjejas oleh taufan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan