Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

1,000 orang dipercayai terkena gas toksik

Hampir 1,000 orang dirawat kerana masalah pernafasan, dipercayai disebabkan gas toksik dari sebuah kilang belerang yang terbakar dekat bandar Mosul.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2016 08:13PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 09:51PM

IRAQ: Hampir 1,000 orang dirawat kerana masalah pernafasan, dipercayai disebabkan gas toksik dari sebuah kilang belerang yang terbakar dekat bandar Mosul.

Kilang tersebut disyaki dibakar oleh kumpulan militan ISIS sedang tentera pemerintah Iraq memperhebat serangan untuk menguasai semula Mosul.

Kebakaran di kilang sulfur di selatan Mosul itu dapat dipadamkan, namun bau belerang yang toksik mencemari ruang udara, dan dikhuatiri akan menjejas kesihatan penduduk.

Menurut Tentera Amerika Syarikat, kumpulan militan sengaja membakar kilang tersebut.

Dua bulan lalu, ISIS membakar telaga-telaga minyak di bandar Qayyara, di utara Mosul.

Sementara itu ofensif tentera Iraq masuk hari keenam, dan berjaya menakluki beberapa bandar dan kampung dari tangan ISIS.

Askar-askar Iraq dilaporkan kini berada sekitar 5 kilometer dari Mosul selepas menguasai bandar Kirkuk, membunuh kira-kira 50 militan ISIS.

Ofensif yang dilancarkan tentera Iraq dengan disokong pasukan bersekutu adalah pertempuran terbesar sejak Amerika campur tangan dalam krisis Iraq pada 2003.

Sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak memberi amaran, ratusan keluarga sedang melarikan diri dari bandar Mosul.

Ramai lagi penduduk terperangkap dalam konflik bersenjata antara kumpulan pengganas ISIS dengan tentera pemerintah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kemanusiaan yang besar dengan satu juta penduduk menjadi pelarian.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan