Images
  • rooney
    Rooney memegang jersi kelab di Goodison Park di Liverpool. (Gambar: AFP/Paul ELLIS)

Wayne Rooney: Everton bukan 'rumah persaraan' baginya

LIVERPOOL: Penjaring gol terbanyak England, Wayne Rooney, menekankan pasukan barunya, Everton, bukan 'rumah persaraan'. Ini selepas beliau kembali menyertai kesebelasan Goodisan Park.

Rooney menyertai semula pasukan Everton selepas 13 tahun di Manchester United di mana beliau juga menjadi penjaring gol paling banyak selepas memecahkan rekod legenda United, Bobby Charlton.

Rooney, 31 tahun, percaya bahawa beliau boleh mengembalikan kegemilangan Everton yang kali terakhir menjulang sebuah piala adalah pada tahun 1995 apabila menjadi juara Piala FA.

Bekas kapten pasukan England itu berpendapat beliau boleh terus mengecapi kejayaan di kelab pertama beliau itu.

"Saya bukan tiba ke sebuah rumah persaraan," kata Rooney kepada pihak media semalam.

"Saya mahu beraksi, menang dan berjaya. Saya belum cergas sepenuhnya buat masa ini, tetapi ia akan dipertingkatkan pada minggu-minggu akan datang. Saya tidak sabar dan masanya sudah tiba."

Rooney mengaku pada bulan Mei bahawa beliau kecewa kerana kurang beraksi di United, di mana beliau hanya dimasukkan pada kesebelasan utama sebanyak 15 kali semasa Liga Perdana England.

Rooney berharap beliau dapat bermain dengan kerap di Goodison Park untuk memastikan tempat di pasukan Piala Dunia England pada musim depan.

- CNA/ru

Komen Anda?

Top