Images
  • bolt
    Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memenangi perlumbaan 100 meter di kejohanan Monaco. (Gambar: Yann COATSALIOU/AFP)

Usain Bolt catat masa kurang daripada 10 saat buat pertama kalinya musim ini

MONACO: Bintang pecut Olimpik Usain Bolt berjaya mencatat masa kurang daripada 10 saat buat pertama kalinya tahun ini, semasa beliau memenangi acara 100 meter di kejohanan Liga Diamond Monaco pada Jumaat (21 Jul).

Warga Jamaica itu memulakan perlumbaan dengan perlahan, sama seperti perlumbaan terakhirnya di Ostrava bulan lalu dan tidak berjaya meninggalkan para peserta lain dengan jarak yang jauh.

Beliau mencatat 9.95 saat, hanya 0.03 saat di hadapan pelari Amerika Syarikat, Isiah Young.

Akani Simbine, pelari dari Afrika Selatan, berada di tempat ketiga dengan masa 10.02 saat.

Sebelum kejohanan itu, Bolt ke Jerman untuk mendapatkan rawatan bagi masalah bahagian belakang tubuhnya yang dialami beliau sejak beberapa tahun ini.

Kejohanan Monaco itu adalah perlumbaan terakhir beliau sebelum kejohanan dunia pada bulan depan yang akan diadakan di London. Bolt dijangka bersaing dalam acara 100 meter dan 4x100m. 

- Reuters/ru

Komen Anda?

Top