Usain Bolt akhiri kerjaya dengan 14 pingat dunia, 8 pingat emas Olimpik
Raja pecut Usain Bolt mengalami kecederaan kaki semasa acara lari berganti-ganti 4x100 meter yang terakhir di Kejohanan Dunia IAAF di London.
LONDON: Raja pecut Usain Bolt mengalami kecederaan kaki semasa acara lari berganti-ganti 4x100 meter yang terakhir di Kejohanan Dunia IAAF di London.
Kecederaan hamstring menyebabkan atlit Jamaica berusia 30 tahun itu tempang sehingga ke garisan penamat.
Atlit Britain muncul juara sementara atlit Amerika Syarikat meraih pingat perak dan atlit Jepun pula menduduki tempat ketiga.
Keputusan itu bermakna Bolt mengakhiri kerjayanya dengan 14 pingat dunia dan lapan pingat emas Olimpik.
Dalam acara 4x100 meter wanita pula, atlit Amerika, Allyson Felix, membawa pulang pingat kerjaya dunianya yang ke-15.
Para atlit Amerika mencatat masa 41.82 saat.
Ia juga merupakan perpisahan menyedihkan bagi atlit legenda Britain, Mo Farah.
Beliau berjuang dengan kerasnya untuk menebus defisit masa namun, pingat emas menjadi milik atlit Habsyah, Muktar Edris.
Farah menang pingat perak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.