Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Usain Bolt akan diberi penghormatan oleh para atlit terkenal

Para atlit terkenal dalam sukan atletik akan memberi penghormatan kepada pelari terpantas dunia Usain Bolt pada 10 Jun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Usain Bolt akan diberi penghormatan oleh para atlit terkenal

Juara dunia 100 meter, Usain Bolt. (Gambar: MICHAL CIZEK / AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 08:28PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 08:30PM

JAMAICA: Para atlit terkenal dalam sukan atletik akan memberi penghormatan kepada pelari terpantas dunia Usain Bolt pada 10 Jun ini.

Pada hari itu, Bolt akan berlari buat kali terakhir dalam pertandingan di tanah airnya, Jamaica sebelum bersara.

Dalam acara "Salute to a Legend" itu, juara Olimpik lapan kali dan pemegang tiga rekod dunia tersebut akan disertai para atlit rekod dunia dan juara Olimpik acara padang dan balapan.

"Salute to a Legend" akan berlangsung di Stadium Negara Kingston, tempat Bolt memulakan kerjaya sukannya.

Bolt menyatakan dia mungkin akan menitiskan air mata pada pertandingan terakhir di Jamaica itu.

Bolt akan bersara sepenuhnya selepas Kejohanan Dunia IAAF di London pada Ogos tahun ini.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan