Images
  • ultimate frisbee
    Satu perlawanan ultimate frisbee. (Gambar: Nadia Jansen Hassan)

'Ultimate Frisbee' mungkin tubuh persatuan jelang hujung 2017

SINGAPURA: Sukan Ultimate Frisbee mungkin akan menubuhkan persatuannya sendiri (NSA) menjelang hujung tahun ini, demikian didedahkan Sport Singapore semasa pelancaran kelab frisbee baru pada Ahad (4 Jun).

"Ini boleh berlaku dalam masa setahun ... Kami sedang bekerjasama dengan persatuan itu untuk mengetahui apakah cita-citanya," kata Encik Lim Teck Yin, CEO SportSG iaitu badan pentadbiran sukan negara.

Semua kegiatan frisbee negara ini diselia Persatuan Ultimate Players (Singapura) atau juga dikenali sebagai UPA(S), yang berusaha hampir tiga tahun untuk menubuhkan persatuan sukannya sendiri.

Menurut SportSG, kelab baru itu adalah satu lagi cara untuk memperluaskan masyarakat sukan frisbee.

Dilancarkan ActiveSG dengan kerjasama UPA(S), ia akan menganjurkan sesi mingguan bagi orang ramai di pelbagai lokasi di seluruh Singapura.

Ia juga akan menganjurkan bengkel bagi para pelajar sekolah.

ActiveSG, iaitu gerakan negara bagi sukan dan kegiatan jasmani, bertujuan untuk menawarkan program-program yang dimampui rakyat Singapura.

Perincian program-program itu disediakan di laman ActiveSG. 

- CNA/ru

Komen Anda?

Top