Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

UFC akan dianjurkan di S'pura tahun ini, pertama di Asia

Satu acara Kejohanan Pertarungan Terhebat, UFC, akan dianjurkan di Singapura tahun ini, iaitu yang pertama di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
UFC akan dianjurkan di S'pura tahun ini, pertama di Asia

Acara Kejohanan Pertarungan Terhebat, UFC, akan dianjurkan di Singapura tahun ini, (Gambar: Petikan skrin dari video/ UFC Facebook)

Diterbitkan : 23 Feb 2017 08:30PM Dikemas Kini : 23 Feb 2017 08:36PM

SINGAPURA: Satu acara Kejohanan Pertarungan Terhebat, UFC, akan dianjurkan di Singapura tahun ini, iaitu yang pertama di Asia.

UFC berpangkalan di Amerika Syarikat dan merupakan pertubuhan pelbagai seni mempertahankan diri terbesar dunia.

Kali terakhir ia menganjurkan kejohanan di Asia adalah pada November 2015, di Seoul.

Singapura pertama kali menjadi tuan rumah Malam Pertarungan UFC pada tahun 2014, disaksikan 5,200 penonton di Marina Bay Sands.

Kejohanan akan datang akan dianjurkan di Stadium Tertutup Singapura, pada 17 Jun ini.

Ibu pejabat UFC Asia adalah di Singapura dan syarikat tersebut menganggap Singapura sebagai pasaran utama bagi mengembangkan sukan ini di rantau ASEAN.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan