Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

TMJ sah Presiden FAM Sabtu ini

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru Sabtu ini, walaupun pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa sudah menarik diri hari ini (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ sah Presiden FAM Sabtu ini

Gambar fail Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 23 Mar 2017 02:47PM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 02:50PM

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru Sabtu ini, walaupun pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa sudah menarik diri hari ini (23 Mac).

Penarikan diri Annuar yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (FAM) sekaligus menyaksikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menang tanpa bertanding dalam pemilihan yang diadakan sempena Kongres ke-53 FAM Sabtu ini.

Namun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu masih belum boleh disahkan dan pihaknya masih menunggu makluman rasmi daripada Annuar.

"Saya masih menunggu pengesahan bertulis daripada Annuar mengenai penarikan dirinya daripada bertanding jawatan berkenaan.

"Pengisytiharan kemenangan juga hanya boleh dilakukan pada Kongres FAM yang dijadualkan Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Annuar dalam satu sidang media khas di Bangunan Parlimen hari ini, mengumumkan pengundurannya kerana mahu memberi kemenangan mudah kepada Tunku Ismail yang dilihat komited dan bakal menjadi aset penting buat FAM.

Menurut Annuar, beliau akan memberi sepenuh perhatian dalam bidang politik sebagai Anggota Parlimen Ketereh serta membangunkan skuad bola sepak negeri kelahirannya, Kelantan.

Pemilihan pada kongres itu adalah untuk mengisi 17 kerusi iaitu presiden (satu jawatan), timbalan presiden (dua), naib presiden (empat) dan exco (lapan untuk lelaki dan dua bagi wanita).

Seramai 39 perwakilan dan 20 anggota gabungan FAM layak mengundi pada kongres berkenaan.

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan