Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

TMJ 'hadiahkan' Piala M'sia kepada Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Bapa Bola Sepak Johor,  Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ 'hadiahkan' Piala M'sia kepada Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Nov 2017 10:40PM Dikemas Kini : 05 Nov 2017 10:41PM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikasikan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Bapa Bola Sepak Johor,  Allahyarham Datuk Suleiman Mohd Noor.

Tunku Ismail, yang merupakan pemilik Kelab Bola Sepak JDT, berkata kemenangan itu sebagai janji beliau kepada allahyarham untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor.

"Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

"Saya dedikasikan piala ini kepada arwah Dato’ Suleiman Mohd Noor yang baru meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991," kata Tunku Ismail menerusi catatan di Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini (5 Nov).

Tunku Ismail berkata walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan JDT, tetapi ia satu pencapaian dan ingin dedikasikan piala berkenaan kepada allahyarham bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor. 

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta keluarga JDT serta tahniah kepada pemain, pegawai dan pengurusan pasukan.

JDT, semalam, dinobatkan juara Piala Malaysia 2017 selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah, pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan