Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ bakal bergelar pemain Liga Super Mei ini

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bergelar salah seorang pemain Liga Super menjelang jendela pemindahan pemain pada Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ bakal bergelar pemain Liga Super Mei ini

Tunku Ismail dikatakan akan tampil sebagai pemain di kelab JDT. (Gambar: Johor Southern Tigers/ Facebook)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 08:07AM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 08:11AM

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal bergelar salah seorang pemain Liga Super menjelang jendela pemindahan pemain pada Mei ini.

Dalam tukilan laporan mStar, Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Tak'zim (JDT) dikatakan akan tampil sebagai pemain di kelabnya.

Kenyataan mengenai Tunku Ismail bakal bergelar pemain dimuatnaik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Sabtu (25 Feb), menurut laporan mStar.

Jika apa yang dinyatakan itu menjadi kenyataan, Tunku Ismail bakal mencipta sejarah baru dalam bola sepak Malaysia apabila buat kali pertamanya, seorang pemilik kelab bergelar pemain pada masa yang sama.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail juga merupakan salah seorang daripada dua calon akhir merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama Tan Sri Annuar Musa pada kongres 25 Mac ini, dalam tukilan laporan mStar.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan