Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Tiger Woods dikenakan probesyen 12 bulan kerana pandu dengan cuai

Pemain golf Tiger Woods dikenakan hukuman probesyen selama setahun kerana memandu keretanya dengan cuai.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiger Woods dikenakan probesyen 12 bulan kerana pandu dengan cuai

Gambar: HO/AFP

Diterbitkan : 28 Oct 2017 06:34PM Dikemas Kini : 28 Oct 2017 06:40PM

FLORIDA: Pemain golf Tiger Woods dikenakan hukuman probesyen selama setahun kerana memandu keretanya dengan cuai.

Dia mengaku salah.

Woods, 41 tahun, ditangkap polis pada Mei lalu di Florida setelah ditemui tertidur di dalam keretanya di tempat duduk pemandu.

Ketika itu keretanya tidak bergerak tetapi enjinnya masih hidup.

Semasa ditangkap Woods berkata keadaannya itu disebabkan pengaruh ubat-ubatan yang dimakannya selepas menjalani pembedahan.

Tuduhan asal terhadapnya, memandu di bawah pengaruh dadah, digugurkan selepas Woods bersetuju menjalani program rawatan dadah.

Sumber : Reuters/MA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan