Images

Tiger Woods diberkas atas tuduhan pandu kereta dalam keadaan mabuk

AMERIKA SYARIKAT: Bintang golf Tiger Woods diberkas atas tuduhan memandu ketika mabuk.

Woods dimasukkan ke dalam penjara pada 7.00 pagi semalam dan dibebaskan sejurus sebelum 11.00 pagi.

Dalam kenyataannya, Woods menyalahkan reaksinya kepada campuran ubat yang diberikan doktor sebagai punca dia ditangkap polis.

Namun Woods yang kini berhenti daripada bertanding selepas pembedahan tulang belakangnya April lalu, meminta maaf kepada keluarga, sahabat handai dan para peminatnya.

- Agensi berita/nk

Komen Anda?

Top