Images

Syarikat didenda lebih $600,000 tipu bidaan tender sediakan khidmat elektrik F1

SINGAPURA: Tiga pihak didenda lebih $600,000 kerana berpakat menipu dalam bidaan tender bagi menyediakan khidmat elektrik untuk lumba kereta acara Formula 1 di negara ini dalam tahun 2015 dan 2017.

Empat bidaan diterima dari Chemicrete, Cyclect Electrical, HPH dan Peak Top apabila tendernya dibuka pada Disember 2014.

Kontrak tiga tahun diberikan kepada Cyclect Electrical yang mengemukakan harga bidaan paling rendah.

Bagaimanapun siasatan Suruhanjaya Persaingan Singapura (CCS) mendapati Cyclect Group berpakat dengan HPH dan Peak Top agar kedua-duanya meletakkan harga bidaan yang lebih tinggi.

Lantaran itu HPH dan Peak Top meletakkan harga bidaan 30 peratus lebih tinggi berbanding Cyclect Electrical.

Bagi kesalahan itu tiga syarikat berkenaan dikenakan denda berjumlah lebih $600,000.

Cyclect Group dan HPH juga didenda $17,000 kerana melakukan penipuan bagi mendapatkan satu lagi tender untuk menyediakan khidmat penandaan aset bagi GEMS World Academy.

CCS mendapati Chemicrete meminta bantuan HPH untuk memastikan ia mendapat tender itu.

Ini dilakukan dengan meminta HPH mengajukan harga tender lebih tinggi daripadanya.

- CNA/NF/nk

Komen Anda?

Top