Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sultan Terengganu sertai acara tunggang kuda sebagai atlit Sukan SEA

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dijangka menyertai pasukan Malaysia bagi acara daya ketahanan menunggang kuda (endurance) di Sukan SEA ke-29 yang akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Terengganu sertai acara tunggang kuda sebagai atlit Sukan SEA

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin. (Gambar: Sultan Mizan Zainal Abidin/Facebook)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 07:34PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 07:38PM

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dijangka menyertai pasukan Malaysia bagi acara daya ketahanan menunggang kuda (endurance) di Sukan SEA ke-29 yang akan datang.

Beliau bersama lagi 11 individu disenarai pendek bagi acara menunggang kuda 80 kilometer di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu pada 20 Ogos.

Dua pingat emas ditawarkan bagi acara daya ketahanan individu dan juga pasukan.

Sultan Mizan berpengalaman bertanding dalam banyak acara daya ketahanan menunggang kuda di peringkat antarabangsa, lapor New Straits Times (NST).

SULTAN TERENGGANU DI RANKING KE-4 DUNIA

Menurut Naib Presiden Persatuan Penunggang Kuda Malaysia (EAM), Mohamad Din Mat Said berkata Sultan Mizan disenaraikan dalam skuad Sukan SEA disebabkan ranking beliau di kedudukan empat teratas dunia oleh Persekutuan Antarabangsa bagi Sukan Tunggang Kuda (FEI).

Selain Sultan Mizan, penunggang kuda lain yang disenarai pendek bagi acara daya ketahanan itu adalah Asri Abdul Aziz, Mohd Sulaiman Muda, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd T. Aseef Abdul Mutalib, Mohd Fuad Hashim, Mohd Adhwa Aziz, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Yusran Yusuf, Muhd Faris Haikal Mohd Hassan Sa’ari, Mohd Subairi Ramly dan Mohd Faris Syafiq Mohd Hassan Sa’ari.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan