Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sultan Terengganu cipta rekod baru Sukan SEA 2017 bagi sukan kuda lasak

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baru Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sultan Terengganu cipta rekod baru Sukan SEA 2017 bagi sukan kuda lasak

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, mengetuai pasukan negara dalam acara kuda lasak. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 05:35PM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 05:37PM

SETIU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baru Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.

Beliau yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3.00 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.

Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada  8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod atlit Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit.

Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.

Lebih istimewa penyertaan beliau adalah yang pertama dalam sejarah Sukan SEA.

Ketika  ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, beliau melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak.

Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan riak wajah ceria berkata bahawa keserasian itu  sudah wujud sejak lapan tahun lalu hingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.

Bagi menghadapi kejohanan tersebut, beliau berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama ‘padang permainannya’.

“Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia, keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga sudah menceburi sukan ini.

Sultan Terengganu turut berkongsi ‘resipi’ sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlit Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal lagi.

“Saya rasa bersyukur kehadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu, serta mendapat sambutan daripada orang ramai,” kata beliau.

Selain itu Sultan Mizan mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, kesemua penunggang, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi  kejayaan kepada pasukannya.

Sultan Mizan berkata pada Mei tahun depan, Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan beliau melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menyokong usaha mewujudkan sukan kuda lasak di Malaysia.

Sumber : Bernama/UR/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan