Images
  • Sultan Ibrahim
    Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar: Facebook: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Sultan Johor sumbang RM4 juta kepada FAM

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyumbang RM4 juta (S$1.3 juta) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan semalam (2 Ogos), sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah 22 (B-22).

Ini setelah pasukan tersebut berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) 2018 di China.

"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan itu.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee mempamerkan prestasi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lalu apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.

- BERNAMA/IM/im

Komen Anda?

Top