Images
  • Yu Shuran
    Yu Shuran menang pingat emas dalam sukan luncur ais Sukan SEA 2017. (Gambar: Justin Ong)

Sukan SEA: Yu Shuran catat sejarah! Menang pingat emas pertama S'pura dalam sukan luncur

KUALA LUMPUR: Yu Shuran hari ini (27 Ogos) meraih pingat emas dalam sukan luncur ais di Sukan SEA 2017.

Ini yang pertama buat Singapura dan dalam sejarah Sukan SEA sendiri memandangkan sukan itu baru dimasukkan ke dalam senarai sukan yang akan dipertandingkan.

Ramaja 17 tahun itu meencatat 135.52 mata, manakala lawannya Chloe Ing mencatat masa 128.61 dan terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Sukan luncur ais dan hoki ais adalah antara sukan musim sejuk yang diperkenalkan oleh Malaysia pada Sukan SEA tahun ini, dengan gelanggang luncur Olimpik yang dibangunkan di pusat belia belah Empire City, Kuala Lumpur.

- CNA/NK/nk

Komen Anda?

Top