Images
  • Timor

Sukan SEA: Timor-Leste raih pingat pertama negaranya dalam sukan taekwondo

TIMOR-LESTE: Timor-Leste akhirnya berjaya meraih pingat Sukan SEA kali ini.

Peserta wanitanya dalam acara taekwondo berjaya meraih pingat gangsa bagi kategori bawah 46 kilogram.

Walaupun Sonia Martins kalah 1-20 di tangan peserta Vietnam, kejayaannya menang pingat gangsa merupakan satu pencapaian besar bagi Timor Leste.

Apatah lagi lawannya, Truong Thi Kim Tuyen, adalah juara bertahan.

Bagaimanapun Thi Kim Tuyen gagal mempertahankan kejuaraannya apabila kalah di tangan peserta Thailand dalam perlawanan akhir.

- Agensi berita/MU/nk

Komen Anda?

Top