Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sukan SEA: Schooling pimpin barisan perenang S'pura ke peringkat akhir

Jaguh renang Singapura, Joseph Schooling merupakan di kalangan perenang Singapura yang berjaya mara ke peringkat akhir acara masing-masing di Sukan SEA selepas melepasi had masa kelayakan dalam perlumbaan yang berlangsung pada pagi Rabu (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Schooling pimpin barisan perenang S'pura ke peringkat akhir

Joseph Schooling di antara perenang Singapura yang lain yang berjaya mara ke peringkat akhir Sukan SEA. (Gambar: Manan VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 12:30PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 12:34PM

KUALA LUMPUR: Jaguh renang Singapura, Joseph Schooling merupakan di kalangan perenang Singapura yang berjaya mara ke peringkat akhir acara masing-masing di Sukan SEA selepas melepasi had masa kelayakan dalam perlumbaan yang berlangsung pada pagi Rabu (23 Ogos).

Schooling mencatatkan masa 53.53s bagi acara 100m gaya kupu-kupu dan menduduki tempat kedua daripada 10 perenang yang lain. Beliau menang pingat emas bagi acara yang sama di Sukan Olimpik, dalam masa rekod 50.39s di Rio pada tahun 2016.

Dylan Koo, juga mara ke peringkat akhir acara yang sama dengan masa 54.10s yang menempatkannya di kedudukan ke-4 secara keseluruhannya di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.

Dalam acara 100m gaya bebas wanita, adik beradik, Quah Jing Wen dan Quah Ting Wen, masing-masing mencatatkan masa 57.08s dan 57.99s, untuk menduduki tempat ke-2 dan ke-7.

Ting Wen juga turut mencatatkan masa kelayakan terpantas 27.48s bagi acara 50m gaya kupu-kupu, manakala rakan senegara, Nicholle Toh, menduduki tempat ke-4 dengan masa 28.08s.

Dalam gaya bebas lelaki 200m, Danny Yeo, mendapat tempat ke-3 daripada 12 pesaing yang lain dengan mencatat masa 1: 52.00s, manakala Pang Sheng Jun mencatat 1: 53.39s untuk menduduki tempat ke-6 secara keseluruhan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Peringkat akhir acara renang hari ini dijadualkan berlangsung pada jam 7.00 malam. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan