Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Schooling bantu pasukan renang lelaki raih emas 4x100m gaya bebas

Joseph Schooling, Danny Yeo, Darren Lim dan Quah Zheng Wen mencatat masa 3:17.85 dalam acara berganti-ganti itu yang diadakan di Pusat Renang Negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Sukan SEA: Schooling bantu pasukan renang lelaki raih emas 4x100m gaya bebas

Joseph Schooling memulakan acara 4x100m gaya bebas bagi Team Singapore. (Gambar: Noor Farhan)

Diterbitkan : 22 Aug 2017 11:14PM Dikemas Kini : 22 Aug 2017 11:16PM

KUALA LUMPUR: Team Singapore berjaya mempertahankan kejuaraan acara 4x100m gaya bebas lelaki di Sukan SEA hari ini (22 Ogos) dengan masa yang dicatat memecahkan rekod temasya itu.

Joseph Schooling, Danny Yeo, Darren Lim dan Quah Zheng Wen mencatat masa 3:17.85 dalam acara berganti-ganti itu yang diadakan di Pusat Renang Negara.

Masa tersebut memecah rekod negara dan Sukan SEA 2015 iaitu 3:19.59.

"Perasaannya sangat luar biasa," kata Schooling kepada para wartawan di tepi kolam renang.

"Saya cuba yang terbaik bagi pasukan saya, cuba untuk mendapati kedudukan selesa. Mereka (rakan sepasukan) yang berusaha lebih keras jadi syabas buat mereka."

Malaysia dan Indonesia masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga bagi acara itu. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan