Images
  • sasha christian
    Gambar fail atlit papan lungsur air, Sasha Christian. (Gambar: SINGSOC)

Sukan SEA: Sasha Christian kekal juara bertahan papan lungsur air, Gooi raih gangsa

KUALA LUMPUR: Juara bertahan bagi acara papan lungsur air (wakeboard) wanita Sukan SEA, Sasha Christian, mengungguli pertandingan itu dalam edisi 2017 pada Sabtu (26 Ogos).

Atlit 24 tahun itu memenangi pingat emas dengan 62.78 mata, manakala rakan senegaranya mendapat pingat gangsa dengan 36.89.

Bagi acara lelaki pula, Samuel Chua muncul di tempat kelima dari enam pesaing dengan 54.78.

Prestasinya yang terbaru ini menambah lagi jumlah pingat yang membanggakan bagi atlit tersebut.

Selain memenangi pingat emas di negara sendiri pada tahun 2015, Sasha Christian juga menjuarai Pertandingan Papan Lungsur Air Asia 2009 dan mendapat tempat pertama bagi Sukan SEA 2011.

- CNA/IM/im

Komen Anda?

Top