Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Sasha Christian kekal juara bertahan lungsur air ‘slalom’; menang emas ke-50 S’pura

Sasha Christian memenangi pingat emas keduanya di Sukan SEA selepas kekal sebagai juara bertahan bagi acara lungsur air ‘slalom’ pada Selasa (29 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Aug 2017 10:51AM Dikemas Kini : 30 Aug 2017 02:38AM

KUALA LUMPUR: Sasha Christian memenangi pingat emas keduanya di Sukan SEA selepas kekal sebagai juara bertahan bagi acara lungsur air ‘slalom’ pada Selasa (29 Ogos).

Kemenangan itu sekaligus adalah pingat emas yang ke-50 bagi Singapura di Sukan SEA, iaitu pencapaian emasnya yang terbaik bagi pertandingan serantau tersebut sejauh ini.

Sasha merangkul pingat emas dengan menunjukkan prestasi cemerlang, dengan 3.5/55/13.00m.

Awal dari itu, beliau mencipta rekod baru dalam preliminari ‘slalom’ dengan mata 1.00/55/12.00m pada Isnin.

Sasha, 24, memenangi emas papan lungsur air (wakeboard) dengan mata 62.78. Kemenangannya yang terbaru pada Selasa juga bermakna beliau kekal sebagai juara bertahan bagi kedua-dua acara yang turut dimenangi pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan