Images
  • Swimming
    Kontingen Singapura di Sukan SEA yang ke-28. (Gambar: Xabryna Kek)

Sukan SEA: S'pura rancang sertai acara renang di laut lepas Ogos ini

SINGAPURA: Singapura merancang untuk menyertai acara renang di laut bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) pada bulan Ogos.

Demikian diumumkan oleh Persatuan Renang Singapura (SSA) hari ini (17 Mac).

Kali terakhir Sukan SEA mengadakan acara renang di laut adalah di Palembang pada tahun 2011 dan perenang Singapura Brandon Boon memenangi pingat gangsa bagi acara renang di laut sejauh lima kilometer.

Sukan SEA yang akan datang di Kuala Lumpur akan menawarkan sekali lagi acara renang di laut sejauh 10 kilometer.

Berbeza daripada acara di kolam renang, acara renang di laut lepas termasuk lautan, tasik atau sungai.

Dengan kerjasama Liberty Insurance, SSA akan mengadakan pusingan kelayakan di Sekolah Sukan Air Laut dan Layar Constant Wind di Changi pada 25 Mac untuk memilih perenang yang akan mewakili Singapura di Sukan SEA ke-29, katanya dalam satu kenyataan media.

Para peserta akan menamatkan acara renang sejauh 10 kilometer. Dengan dua perenang lelaki dan dua perenang wanita dicalonkan untuk mewakili Singapura di Sukan SEA yang akan datang. Perenang lelaki perlu menamatkan acara itu dalam masa minimum 2:16:51:10 manakala perenang wanita pula dalam masa minimum 2:40:22:26.

Pusingan Kelayakan Acara Renang di Laut Liberty Insurance terbuka kepada semua perenang yang berusia 14 tahun ke atas yang berdaftar dengan kelab-kelab gabungan SSA atau persekutuan kebangsaan gabungan FINA.

- CNA/nk

Komen Anda?

Top
>