Images
  • women swimming team
    Pasukan renang wanita negara Samantha Yeo (dari kiri), Hoong En Qi, Quah Ting Wen dan Quah Jing Wen memenangi pingat emas bagi acara 4x100m rampaian. (Gambar: SNOC) 

Sukan SEA: S'pura raih pingat emas di acara renang 4x100m rampaian wanita

KUALA LUMPUR: Para perenang wanita Singapura berjaya merangkul pingat emas bagi acara berganti-ganti di Sukan SEA 2017 selepas memenangai 4x100m rampaian malam tadi (25 Ogos).

Pasukan yang terdiri daripada Quah Ting Wen, Samantha Yeo, Hoong En Qi dan Quah Jing Wen mencatat masa 4:09.32s di Pusat Renang Nasional, lebih dua saat berbanding pesaing terdekat mereka.

Ini adalah pingat emas ketiga Singapura bagi acara berganti-ganti wanita di temasya berkenaan selepas perlumbaan 4x100m gaya bebas dan 4x200m gaya bebas masing-masing pada hari Isnin lalu (21 Ogos) dan kelmarin.

Bercakap kepada para wartawan selepas perlumbaan itu, Ting Wen berkata: "Kami bangga dengan perlumbaan (rekod) ini. Kami mempertahankan pingat emas bagi masa yang agak lama ... Saya bangga dengan perenang-perenang muda ini."

Yeo, yang terlibat dalam dua perlumbaan berturut-turut hari ini, berkata kemenangan mereka seperti "menghabiskan satu set" dalam sesi latihan.

- CNA/RU/ru

Komen Anda?

Top