Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sukan SEA: Roanne Ho menang emas 50m kuak dada; pecahkan rekod Sukan SEA

Seorang lagi perenang Singapura, Samantha Yeo menang pingat gangsa manakala peserta Malaysia menduduki tempat kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Aug 2017 09:37PM Dikemas Kini : 22 Aug 2017 11:03PM

KUALA LUMPUR: Singapura mendapat pingat emasnya yang pertama hari ini (22 Ogos) menerusi Ru'en Roanne Ho dalam acara 50 meter kuak dada wanita.

Ho merupakan juara bertahan.

Beliau bukan saja dapat mempertahankan kejuaraannya tetapi juga memecahkan rekod Sukan SEA yang dicatatkannya tahun lalu.

Ho menamatkan perlumbaan itu dalam masa 31.29 saat manakala rekod lamanya 31.45 saat.

Seorang lagi perenang Singapura, Samantha Yeo menang pingat gangsa manakala peserta Malaysia menduduki tempat kedua. 

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan